Lelaki baik untuk perempuan baik - Revisited

"Salam.

Er saudara....sy x faham bahagian mensyirikan tu. Pd pdpt sy, dia (sahabat saudara) x melakukan syirik. Mungkin pada masa tu dia niat mcm ni..."Ooo, aku tgk aku ni jahat lg rupanya. -istighfar- Cemana aku nk dpt bini yg baik sedangkan aku ni pun bukannya baik sgt. Oleh itu, mulai hari ni aku nak perbaiki diri aku kerana Allah taala & semoga aku dikurniakan isteri yg baik lg solehah".

Ini cumalah buah pandangan saya...Mungkin sy xtau situasi yg sebenar. Kalo ada salah silap tlg betulkan ye. Terima kasih."

layyinulharir: mcm mn dia nak dapat org yg baik tnpa mensyirikkan ALLAH?
26 Jun 09, 21:29
layyinulharir: mksudnya kalu org tu xbaik,mmg xda pluangla dpt org yg baik?
26 Jun 09, 21:29
layyinulharir: xpahamlah artikel llk baik 4 pmpuan baik
26 Jun 09, 21:26
layyinulharir: Assalamu'alaikum


Diantara mendapatkan isteri yang dan mendapat keredhoan Allah yang mana satu kita utamakan? dalam membersihkan diri yang seharusnya ditujukan kepada Allah SWT semata-mata, untuk siapa kita beramal?

Seandainya niat utama ibadah bertukar kepada kerana mahukan isteri yang baik, bukankah itu syirik? beribadah kerana sesuatu selain Allah SWT.

Ini berlaku seandainya isteri yang baik itu digambarkan dengan nafsu, membayangkan kecantikan, kelembutan seorang wanita dan sebagainya. Maka tujuan amalan tadi kerana mencari isteri - mencari isteri kerana nafsu - maka jadi lah tujuan amal tadi sebenarnya kerana nafsu...

Namun syirik ini bukanlah bermakna syirik yang besar, cuma ia boleh merosakkan keikhlasan dan memakan amalan.

Menginginkan seorang isteri yang baik juga boleh digambarkan oleh iman, apabila dia menggambarkan isterinya nanti seorang yang akan menguatkan imannya, meneguhkan lagi pendiriannya, dan berkerjasama mengharungi ujian-ujian dunia dalam menuju ke negeri abadi nanti.

Kan iman itu ada beberapa peringkat, imannya seorang saudagar, beribadat kepada Allah kerana menginginkan ganjaran yang Allah janjikan padanya... Iman ini tetap diterima, namun kurang la darjat nya di sisi Allah SWT.

Memperbaiki diri kerana menginginkan pasangan yang baik dan beriman itu baik tetapi lebih baik kalau memperbaiki diri semata-mata kerana Allah SWT. Kerana kita cuma hamba, seharusnya menyerahkan segala-galanya kepada Allah SWT. Seharusnya mempersembahkan segala-galannya kerana Allah SWT.

Ya Allah, Inna Solati, wa Nusuki, wa Mahyaya, wa Mamati lillahi rabbil Alamin... Ya Allah sesungguhnya solatku, hidupku dan matiku adalah semata-mata keranaMu, tuhan sekalian Alam...

[+/-] Selengkapnya...

Buat isteri tercinta...

Wahai bidadariku...

Kita adalah dua jasad berbeza namun berkongsi hati yang sama...
Kerna kau, wahai sayangku adalah belahan dari hatiku, dan aku jua merupakan belahan hatimu...
Tercantum dua hati dalam ikatan yang sama...
Susahmu, susahku jua... Sedih pilumu ditanggung bersama... kesakita dan keperitan yang dirasakan, dibahagi dua...

Bagaimana mungkin satu tubuh dapat terorganisasi dengan baik andai punya lebih dari satu kepala?
Bagaimana satu tubuh mampu bekerja andai tiada persefahaman antara semuanya?
Bagaimana mungkin organ-organ dalam satu tubuh itu saling menguatkan andai kedua-duanya tak lagi memahami antara mereka?


Kerna kita satu tubuh, wahai bidadariku... satu tubuh yang punya anggota berbeza...
Kaki tak pernah bertanyakan tangan meminta membantunya berlari, apatah lagi menyalahkan tangan kerananya....

Kita dua manusia berbeza, lelaki dan wannita, masing mempunyai peranan tersendiri yang akhirnya saling menguatkan rumah tangga kita yang satu....

Kerna kau bidadariku... aku tak perlu selainmu...

[+/-] Selengkapnya...

Poligami yang selalu dizalimi...

Terbaca artikel tulisan Saiful Islam yang paling banyak mendapat komentar...

"Bahagiakan dirimu dengan satu isteri"

Artikelnya berdasarkan buku tulisan Cahyadi Takriawan yang berkisar tentang kebaikan
monogami dan keburukan poligami...

Perbicaraan tentang poligami yang sentasa hangat diperkatakan oleh semua orang mengundang diri ini untuk duduk sejenak memikirkan dan mencari penyelesaian...

Mungkin masalah itu belum terkena pada diri-sendiri sehinggakan isu tersebut tidak menjadi tanda-tanya yang menggugah rasa untuk mengkaji dan meneliti rahsia disebalik poligami...

Huhu~, perkahwinan yang baru berusia 3 tahun belum terpadam bara hangatnya cinta... mudah-mudahan tak terpadam hingga dipanggil oleh yang Esa...

Afwan, ana disini nak meletakkan diri sebagai seorang yang tidak bersetuju dengan kedua-dua tokoh itu tadi...

Seringkali masyarakat suka mencari jalan mudah, terus melabel poligami dengan label-label yang sedikit prejudis seperti "susah", "tak elok", "sunnah", "fitrah manusia", dan label-label lain yang sewaktu dengannya.

Mengapa perlu melabelkan suatu yang telah Allah SWT letakkan label padanya? bukankah Allah telah meletakkan label "halal" pada poligami?


Suatu yang halal tak semestinya baik dalam setiap ketika dan keadaan, pada semua orang, dan pada setiap masa. Dalam situasi yang berbeza, orang yang berbeza, waktu yang berbeza suatu yang halal boleh berubah menjadi beberapa hukum yang selainnya. Namun itu tidak menidakkan hukum asal kepada poligami itu halal.

Ambil contoh makan nasi. Makan nasi pada keadaan umumnya adalah halal. Tapi seandainya seorang dipaksa makan nasi sebanyak-banyaknya dengan tujuan penyiksaan, kan situasinya berbeza? hukum makan nasi tetap halal, yang haramnya adalah pemaksaan untuk tujuan menyiksa tadi.

Babi yang hukumnya haram, seandainya keadaan memaksa, sehingga salah satu dari maqasid syariah yang utama, iaitu menjaga nyawa terancam, maka sesetengah ulama tak lagi menyatakan hukum makan babi pada ketika itu sekadar boleh, malah jatuh pada wajib, kerana menjaga nyawa hukumnya wajib.

Maka poligami tetap halal, baik atau tidak poligami tadi bergantung kepada timbangan maslahat dan timbangan keburukan daripada poligami itu tadi.

Mengapa golongan wanita suka membicarakan soal poligami ini tidak elok, sebaik-baiknya monogami, poligami ini menyiksa, poligami ini menderita, poligami ni duka, poligami ini susah dan berbagai lagi pandangan-pandangan yang berbeza-beza untuk meletakkan atau menempelkan hukum-hukum lain pada poligami itu tadi?

Atau para suami yang secara sama rata, sesetengah menyokong dengan amat sangat dan sesetengah memilih mengikuti kumpulan yang berlawan dengannya untuk mengkeji poligami dengan lebel-lebel yang tidak lagi berasaskan kecuali logik akal dan cerita-cerita kehidupan kawan-kawan yang pernah melakukan poligami sahaja... afwan, ana nyatakan disini kebanyakan orang, bukan semuanya. Tak dinafikan ada yang membincangkannya dengan penuh hikmah dan penuh ilmiyah...

Seolah-olahnya poligamilah yang merosakkan suasana, menghancurkan rumah tangga dan sebagainya...

Seolah-olahnya sikap dan peribadi dirinya sendiri tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan keburukan yang menimpa...

Seolahnya keimanan dan ketakwaan itu tak punya apa-apa peranan pun dalam masaalah yang menimpa disisinya setelah berhadapan dengan situasi poligami itu tadi...

Seolah-olahnya persoalan poligami itu tadi satu soalan terpisah yang duduk sendirian, tiada sebarang kaitan dengan iman, takwa, ilmu dan hikmah...

"Ajaibnya seorang mukmin, sesungguhnya setiap perkara yang berlaku padanya adalah kebaikan, jika dia diberikan nikmat maka dia bersyukur, dan kesyukurannya itu baik untuk dirinya, sekiranya dia ditimpa musibah lalu dia bersabar maka kesabarannya itu baik untuk dirinya..." (HR Muslim)

Susunan hadith yang sungguh indah, bahawa tidak semua nikmat itu baik. Hanya nikmat yang disyukuri sahaja yang baik. Dan erti syukur adalah dengan berterima kasih dan menggunakan nikmat itu tadi dengan sebaik-baiknya...

Dan tidak semua musibah itu buruk, musibah yang buruk itu hanyalah musibah yang menimpa orang yang tidak bersabar. Sekiranya dia bersabar maka musibah tadi adalah kebaikan bagi dirinya. Manakan musibah tadi tidak menjadi kebaikan bagi dirinya sedangkan musibah itu menghantarkan dirinya untuk lebih dekat kepada pencipta?

Seorang yang betul2 beriman, duduklah dia dalam situasi apa sekalipun, akan berbahagia.

Mari kita kembali kepada pokok permasaalahan yang menimpa, sebenarnya bukanlah poligami itu yang patut dipersalahkan, keimanan peribadi yang melaluinya, itu yang sebenarnya menjadi titik utama dalam menjadikan rumah tangga itu bahagia atau derita...

Kalau suami itu memang sudah berperagai buruk, tidak beriman, dan pelbagai lagi sikap buruk yang ada pada dirinya, tak perlu tunggu poligami, sebelum poligami lagi anda akan merasakan bahangnya...

Kalau suami itu seorang yang benar-benar beriman, berpoligamilah banyak manapun, kebaikan akan turut menyertainya... kerna dia tidak akan mengambil keputusan poligami seandainya lebih banyak keburukan yang akan didapati dari poligami tadi berbanding kebaikan yang ada di dalamnya.

Mengapa ingin mencari jalan pintas dengan mengikat kaki suami? menyatakan yang halal itu sebagai suatu yang buruk, atau tidak sampai melebel buruk, cuma poligami ini kalau dah betul-betul dalam keadaan memaksa baru ada baiknya? perkara sebegitu adalah apa yang Allah akan kategorikan sebagai perkara yang haram tetapi ada rukhsahnya, atau perkara haram yang dibolehkan dalam keadaan darurat...

Sedangkan hukum poligami itu sudah asalnya memang halal, mengapa dipersoalkan lagi? Ia bukan suatu yang wajib, malah sepanjang pengetahuan ana tiada pun hadis yang menyatakan ia digalakkan, maafkan ana kalau sebenarnya ada dan ana belum pernah menjumpainya. Diri ini masih terlalu kurang.

Allah SWT meletakkan labelnya sebagai halal.

Mari kita kembali kepada intipati kebahagiaan dalam rumah tangga, ia adalah sakinah, mawaddah wa rahmah...

Ketenangan dalam rumah tangga yang menyejukkan jiwa...

Aroma kasih sayang yang memenuhi seluruh ruang rumah tangga, yang mencukupkan dahaganya seorang manusia kepada fitrahnya...

Dan rahmat dari Allah SWT yang Allah limpahkan kepada mereka yang dikasihinya, ie orang yang beriman...

Seorang suami yang beriman dan bertakwa, tak mungkin cuma suka-suka melakukan poligami cuma untuk memenuhi tuntutan nafsunya tanpa memikirkan natijah disebalik perbuatannya. Andai tiada bahagia dalam rumah tangga, salahkan imanmu dan iman pasanganmu sebelum meletakkan label dan menzalimi hukum Allah SWT...

Afwan atas tulisan yang kalau antum menganggapnya sebagai tidak berhikmah atau apapun kesilapan lain yang mungkin ada. Hanya seorang hamba yang kerdil lagi hina cuba untuk mencari kebenaran dengan membela apa yang paling diyakininya benar...

Andai ada kesalahan diminta teguran... mudah-mudahan kita sentiasa berada dalam jalan mencari keredhoan Sang Pencipta...

[+/-] Selengkapnya...

Cinta kita...

Huhu...

Lamanya tak menulis tentang topik pernikahan... mungkin dengan berlalunya zaman awal pernikahan, nikah itu tak lagi menjadi perhatian...
mungkin...

Tapi yang pastinya keindahan di dalam pernikahan kami pastinya tak luput di telan zaman... kerna pernikahan itulah yang menghidupkanku kembali setelah tiba zaman kejatuhan yang amat sangat...

Kerna peristiwa demi peristiwa yang berlaku tetap segar dalam ingatan... diari cinta kita berdua...
Cinta yang dimulai dengan aku merasakan dia bukanlah insan yang tergolong dalam golongan yang "cantik"...


Cinta yang dimulai dengan keredhoanku menerima isteri shalihah yang tidak berapa memenuhi hasrat mata...
Namun, tatkala pertemuan kedua, saat makcik ku menyarungkan cincin pertunangan, dia berubah menjadi bidadari...
Bidadari dunia yang diciptakan khusus buat ku... tak tersentuh mana-mana lelaki lain sebelumnya...
yang menjaga dirinya dan yang sangat mengharukan, turut menjaga diriku juga...

[+/-] Selengkapnya...

Lelaki baik untuk perempuan baik

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Seorang sahabat saya kemudiannya memberi komentar mengenai ayat ini, “Kalau macam tu, tak nak lah kahwin dulu. Saya nak memperbaiki diri sampai layak mendapat isteri yang lebih baik.” Astaghfirullahal'adzim, bertapa buruknya pandangan seperti ini.

Pertama, membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat kerana selain Allah SWT. Itu namanya syirik. Bagaimana seorang boleh mengatakan ingin memperbaiki diri untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik sedang diwaktu dia menyatakan perkara tersebut dia sedang menduakan Tuhan. Pembersihan dan pembaikan yang cuba dilakukan malah boleh bertukar menjadi pengotoran dan perosakan diri.

Kedua, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”1 Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah sarana pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama berbandingnya? Seorang yang belum nikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya.

Ketiga, perkataan “lebih” itu membawa maksud perbandingan antara dua. Bagaimana untuk mengukur “lebih” andai tiada yang pertama.

Keempat kalaupun dia dapat mengetahui “lebih baik” itu, seandainya dia mendapat seorang yang tidak sebaik dirinya, bagaimana? Sedangkan dia telah meletakkan kriteria sendiri mengenai yang “lebih baik”. Sedangkan Allah SWT maha tahu. Mungkin sahaja kita cuma nampak baik, atau merasakan diri baik, atau nama lainnya perasan!

Allah S.W.T dengan kehebatannya dalam mencipta dan menjadikan alam semesta telah menetapkan suatu sistem yang sangat sempurna iaitu islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa.

1Hadith riwayat al-Hakim dan ath-Thabrani dari Anas bin Malik. Imam al-Bani menghasankannya.




[+/-] Selengkapnya...