Lelaki baik untuk perempuan baik

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Itulah janji Allah S.W.T buat semua manusia. Seandainya kita menginginkan isteri atau suami yang baik, kita haruslah terlebih dahulu menjadi seorang yang baik. Tak mungkin seorang yang baik akan mendapatkan wanita yang tidak baik atau sebaliknya. Seandainya anda masih meragui kalimah ilahi, kalimah siapakah lagi yang tinggal untuk anda ikuti?

Seorang sahabat saya kemudiannya memberi komentar mengenai ayat ini, “Kalau macam tu, tak nak lah kahwin dulu. Saya nak memperbaiki diri sampai layak mendapat isteri yang lebih baik.” Astaghfirullahal'adzim, bertapa buruknya pandangan seperti ini.

Pertama, membersihkan serta memperbaiki diri dan iman tidak boleh dicampurkan dengan niat kerana selain Allah SWT. Itu namanya syirik. Bagaimana seorang boleh mengatakan ingin memperbaiki diri untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik sedang diwaktu dia menyatakan perkara tersebut dia sedang menduakan Tuhan. Pembersihan dan pembaikan yang cuba dilakukan malah boleh bertukar menjadi pengotoran dan perosakan diri.

Kedua, Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”1 Jika menikah itu menyempurnakan setengah dari agama, apakah sarana pembersihan dan pembaikan diri yang lebih utama berbandingnya? Seorang yang belum nikah bererti belum sampai separuh pun keimanan yang ada di dalam dirinya.

Ketiga, perkataan “lebih” itu membawa maksud perbandingan antara dua. Bagaimana untuk mengukur “lebih” andai tiada yang pertama.

Keempat kalaupun dia dapat mengetahui “lebih baik” itu, seandainya dia mendapat seorang yang tidak sebaik dirinya, bagaimana? Sedangkan dia telah meletakkan kriteria sendiri mengenai yang “lebih baik”. Sedangkan Allah SWT maha tahu. Mungkin sahaja kita cuma nampak baik, atau merasakan diri baik, atau nama lainnya perasan!

Allah S.W.T dengan kehebatannya dalam mencipta dan menjadikan alam semesta telah menetapkan suatu sistem yang sangat sempurna iaitu islam. Lantas Allah S.W.T menyuruh hamba-hambanya agar taat dan patuh terhadap agama ini dan masuk ke dalamnya dengan seluruh hati dan jiwa.

1Hadith riwayat al-Hakim dan ath-Thabrani dari Anas bin Malik. Imam al-Bani menghasankannya.




16 comments:

Syahidi Alfee said...

Salam.

Er saudara....sy x faham bahagian mensyirikan tu. Pd pdpt sy, dia (sahabat saudara) x melakukan syirik. Mungkin pada masa tu dia niat mcm ni..."Ooo, aku tgk aku ni jahat lg rupanya. -istighfar- Cemana aku nk dpt bini yg baik sedangkan aku ni pun bukannya baik sgt. Oleh itu, mulai hari ni aku nak perbaiki diri aku kerana Allah taala & semoga aku dikurniakan isteri yg baik lg solehah".

Ini cumalah buah pandangan saya...Mungkin sy xtau situasi yg sebenar. Kalo ada salah silap tlg betulkan ye. Terima kasih.

The Author said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nohaxo said...

apa nie saudara.. syirik pulak.. relax r. bagi tau r jelas2 pandangan saudara.. tergantung r.. tiba2 syirik plak.. saya tak nampak hukum menduakan tuhan di situ.. adakah saya buta, atau tak dpat rasa.. cerita r skit???
facebook/normacros

Pena Borneo said...

Assalamualaikum..

Perkataan Syirik itu pun sepertinya kurang sesuai saudara. Kalau boleh saudara terangkan maksud sebenarnya ingin disampaikan untuk mengukuhkan hujah saudara.
Sdr.Syahidi,,berkenan niat itu,,sebaiknya berlandaskan kepada Keikhlasan sepenuhnya kepada Allah S.w.t dan tidak bergantung pada niat yang lain. Sesungguhnya meletakan niat Keikhlasan sepenuhnya kepada Allah s.w.t itu lebih mujarab..sesungguhnya Allah itu lebih mengetahui apa yang tersirat dihati hamba-hambanya..

Anonymous said...

mintak izin nak pinjam artikel yer......

Anonymous said...

askum..maaf terlebih dahulu andai sy salah.. tp setahu sy syirik itu merujuk kepada menduakan Allah S.W.T. tetapi apa yg dimaksudkan oleh sahabat saudara adalah untuk berubah ke arah yang lebih baik agar dapat jodoh yang baik juga, bukankah itu sesuatu perkara yg harus dipuji kerana masih mempunyai niat yg baik..maaf, kalau sy salah sila betulkan..

wira terbang said...

pada pendapat saya:syirik kat sini berlaku apabila si sahabat tue nerniat untuk jd baik kerana nak dpt isteri yg baik (expression si sahabat tue menunjukkan dia menginginkan isteri yg baik bersandarkan pada perbuatannya yg baik)...sepatut nye bagi seorg islam hendaklah melakukan sesuatu kerana ALLAH sahaja...ikhlaskan niat berbuat baik kerana ALLAH dan memohon pada ALLAH agar dikurniakan pasangan yg baik...seharusnya kita usaha sehabis baik melakukan yg terbaik kerana ALLAH sahaja dan bertawakkal kepada ALLAH sahaja...kadang2 ape yg baik bagi kite belum tentu baik di sisi ALLAH

Mujahidah Allah said...

assalamualaikum...
mohon penjelasan lebih mengenai syirik di situ..mungkin penulis ade maksud yang kami tak dapat fahami..terima kasih

Anonymous said...

salam..cmner ye kalu sy rasa diri sy baik & x pernah melakukan sebarang kejahatan tetapi tiba2 berkenalan dgn seorang lelaki yg dulunye jahat tetapi dia mengaku sekrg dia sudah berubah. sy dlm dilema samada untuk terima si dia atau tidak, sy risau kalau2 dia kembali kpd perangai lamaye..sy selalu berdoa agar dipertemukan dgn jodoh yg baik2..apakah ini dugaan buat sy? tolonglah wahai kengkawan... :(

hamba Allah said...

Salam.
Syirik disini, apabila sahabat penulis mempunyai niat untuk memperbaiki diri KERANA ingin melayakkan diri mendapatkan isteri yang lebih baik. Padahal, dalam apa perkara sekalipun, perlulah kita lakukan KERANA Allah. Bila diniatkan kepada selain daripada Allah, maka jatuhlah syirik. Wallahualam.

Anonymous said...

saya tak faham. Jika benar "Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya" mengapa masih ada sesetengah pasangan Islam yang sudah kawhin, tetapi masih tidak menunaikan ibadah wajib (seperti solat dan menutup aurat) sebaliknya mengejar harta dunia?

Anonymous said...

Ayat Al-Quran Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)..

Ni adalah menjadi peringatan buat kita, bukan lah suatu janji seperti yang dnyatakan d atas..

wallahua'lam..

Anonymous said...

After getting more than 10000 visitors/day to my website I thought your pernikahanbarakah.blogspot.com website also need unstoppable flow of traffic...

Use this BRAND NEW software and get all the traffic for your website you will ever need ...

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

In testing phase it generated 867,981 visitors and $540,340.

Then another $86,299.13 in 90 days to be exact. That's $958.88 a
day!!

And all it took was 10 minutes to set up and run.

But how does it work??

You just configure the system, click the mouse button a few
times, activate the software, copy and paste a few links and
you're done!!

Click the link BELOW as you're about to witness a software that
could be a MAJOR turning point to your success.

= = > > http://get-massive-autopilot-traffic.com

Anonymous said...

assalamualaikum.. maaf mencelah.. untuk pengetahuan saudara saudari sekalian, syirik ad jenis, antaranya syirik kecil. jika niat kita berubah untuk manusia , bukan untuk mencapai redha Allah. Ianya di kira sebagai syirik kecil..

Wallahualam..

Lin said...

Assalamualaikum..
saya rasa saya faham apa yang PENULIS maksudkan dengan syirik. Syirik itu berlaku apabila niat kita tadi bukan lagi kerana Allah.. Lagipun setiap apa sahaja yang kita buat haruslah diniatkan kerana Allah SWT kan? Betul tak?

Anonymous said...

as salam tumpang tanya bley? saya tertarik ngan topic ppuan yg baik utk lelaki yg baik. saya ada sorang kawan ni.. dia ni kaki perempuan tdo ngan ppuan sana sini tp jodoh dia ngan ustazah.. saya cam pelik kalau camni apa maksud dia. saya cuma nak tanya pendapat sbb kekadang rasa cam masya'allah allah tu maha kaya kan. kalau dia nak bg kita yg baik, baik la kita dapat.dan yg buruk tu dari diri kita sendiri la. dan yg ni terangan dia tdo ngan ppuan tanpa nikah tp dapat jugak ustazah.. masya'allah. maksud nya lelaki tu baik ke?